Saturday 20 April 2013

Penangan Niat

"Setiap amal yg kita lakukan bergantung pada niat"
"Ingat, niat belajar tu sebab Allah"

Ini nasihat yg selalu didengar masa 'bulatan gembira'. Tapi nasihat ini sekadar di akal atau hati? Hari ini diri ini teringat kenangan yg pernah dirasa iaitu titik permulaan diri ini kenal besarnya hikmah niat.Subhanallah.

Mengimbau kenangan di tahun 2 semester 3 aku pernah diajar oleh seorg pensyarah yg menjadi sebutan pelajar-pelajar lain. Hebat orgnya. Kemas, berdisiplin,berprinsip, tegas dan unik cara interaksinya. Ini kali pertama dlm hidup ketika itu berusia 22 tahun melihat seorg pensyarah mengajar atas kerusi dan melompat dari satu kerusi ke kerusi yg lain dlm bilik kuliah. Unik! Nampak stylo kot. Itu pandangan pertama kami. Beliau membahasakan dirinya 'aku' dan 'kau'. Unik!.  
      Ketika proses belajar dlm kelas beliau tak hanya memberi ilmu akademik. Ilmu mcm mna nak berhadapan dgn dunia luar turut diselitkan di dlm kuliah. Unik!. Beliau mula menjadi 'idola' berbanding dgn pensyarah yg lain. Senior kata subjek beliau ajar tu 'killer paper'.Tapi aku tak kisah masa tu sbb aku lebih percaya pada usaha sendiri berbanding apa yg org ckp.

"Kalau korang boleh dpt B+ utk paper ni, aku tabik spring kat korang".
   
      Itu kata-kata beliau yg umpama BOMB! dlm diri aku yg bangkitkan lagi semangat utk aku skor paper tu. Jadi, aim aku nak skor paper tu supaya dia bole tau pelajar Melayu hebat jugak. Alhamdullilah, aku mmng dpt B+. Pada masa yang sama aku "expect"dia akan kenal aku. Tapi tak. Semester seterusnya dia mengajar subjek lain. Aim yang sama aku letak dan aku dapat. Tapi masih tidak dikenali.Pelik.
      Masuk tahun 3 nama aku terpilih sebagai pelajar dibawah seliaan beliau untuk projek tahun akhir. Gembira campur sikit riak sebab menjadi perhatian kawan-kawan yang lain.

"Matilar ang wei!!!"
"Untungnya ang, dia tu dah lar hebat"

Komen berbagai bagai. Tapi hati aku rasa lebih kepada beruntung dan bangga.

"Fuiyoo, Allah dgr detik hati aku".

Bila mula tahun 3 semester 5, hari pertama lagi aku dipanggil ke bilik beliau.

"Hah! kau. Apahal kau tak datang jumpa aku masa cuti. Kau nak 'extend' ka apa".

   Terkejut.Terkedu.Impian, angan-angan,perasan, semua berkecai. Sumpah! rasa nak menangis masa tu. Beberapa lagi perkara kena 'sembur' dgn beliau.Aku tak tahan.Balik bilik menangis macam teresak-esak macam hidup aku dah musnah. (bila teringat balik nak tergelak pun ada).

   Esok, aku terus ambil keputusan gugurkan kursus projek dan ambil 'paper' sbg ganti projek.Masa tu, aku duduk dan fikir balik kenapa benda ni jadi?.Bukankah dia org yg aku sanjung?Aku cuba nak dpt perhatian?Habis?..

   Subhanallah, Allah hadirkan balik ingatan terhadap niat masa aku di tahun 2 dulu. Aku menngis. Aku belajar sebb nak daptkan perhatian drpd org lain. Allah kabulkan niat aku dan Allah mmng hadirkan org tu betul-betul dlm hidup aku. Hebatnya percaturan Allah. Hebatnya penangan niat. Aku sangat-sangat bersyukur Allah takdirkan peristiwa ni jadi dlm hidup aku. Paling aku bersyukur ialah Allah bagi aku nampak hikmah sebab apa benda ni jadi.Allah nak tegur aku nak bagi tau Dia lah tujuan utama yg patut aku bg perhatian bukan makhluk ciptaanNya.

Belajar dan menuntu ilmu kerana Allah. Sakitnya pengalaman yang terpaksa dilalui utk nilai sebuah hikmah.
Allah sebagai niat utama.




p/s:Niat menuntu ilmu kerana Allah rasa lebih best, tenang dan result yg tak disangka.


No comments:

Post a Comment